Logo Nasi Ayam Haji Daim Nasi Ayam Haji Daim WhatsApp

Simpang Renggam, Kluang, Johor

Rasa Enak, Suasana Tenang

Nasi ayam beras Basmati, roasted dan grill. Pilihan yang ringan dan sesuai untuk keluarga yang menjaga pemakanan, dihidang di taman yang rendang bawah lampu kuning.

  • Buka setiap hari
  • 11 pagi hingga 11 malam
  • Makan di kedai, bungkus atau tempah
  • Beras Basmati
  • Kopi Liberika Benut
Set Keluarga Sakinah: dulang besar nasi ayam grill dan goreng bersama tauhu, taugeh, sawi dan dua jag minuman

Beras pilihan kami

Semua nasi ayam kami guna beras Basmati

Butirnya panjang, wangi dan tidak melekit, jadi nasi terasa ringan. Beras Basmati juga dikenali berindeks glisemik lebih rendah berbanding kebanyakan beras putih, pilihan yang lebih baik untuk yang menjaga pemakanan.

  • Nasi ringan, butir terpisah dan wangi semula jadi
  • Ayam roasted dan grill, bukan hanya goreng
  • Sesuai dibawa bersama mak dan ayah yang menjaga kesihatan

Baru di kedai

Kopi Liberika Benut

Biji kopi liberika dari kebun keluarga kami di Parit Pinang, Benut. Dibakar bersih tanpa campuran margerin, gula atau bahan tiruan, dan dibancuh segar setiap cawan.

  • Kopi O
  • Kopi Susu
  • Kopi C
  • Kopi Coklat
  • Affogato

Ada panas dan ais. Affogato disajikan sejuk.

Taman kedai waktu senja dengan lampu kuning, pokok yucca di hadapan dan pelanggan duduk di meja kayu di belakang

Suasana

Makan di bawah pokok dan lampu kuning

Tempat makan yang kami jaga seperti taman kecil. Hijau, tenang dan sesuai untuk duduk lama, diiringi lagu keroncong yang sentiasa berkumandang untuk halwa telinga anda.

  • Meja kayu dan kerikil di bawah bumbung, dikelilingi pokok menjalar.
  • Lampu kuning menyala bila hari senja.
  • Layan diri. Pesan dan bayar di kaunter, kami hantar ke meja.
Pasu pokok berdaun hijau putih di tepi lorong papan kayu menuju ke meja makan

Untuk ramai orang

Set keluarga dan mini katering

Makan bersama keluarga di kedai, atau tempah untuk pejabat, kenduri dan majlis di rumah.

Di kedai

Set Keluarga Sakinah

Dulang besar untuk berkongsi: ayam grill dan goreng, nasi, lauk sayur dan minuman. Sesuai untuk makan beramai-ramai.

Tanya Set Keluarga
Tempahan

Mini Katering

Bungkus atau dulang, minimum 10 hidangan. Tempah sekurang-kurangnya sehari awal. Makin ramai, makin jimat.

Bahagian hadapan kedai dengan bumbung merah, papan tanda Nasi Ayam Haji Daim dan motosikal besar diparkir di halaman

Lokasi

Singgah di Simpang Renggam

Alamat
Bandar Baru Ibrahim Majid, 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor
Waktu
Setiap hari, 11 pagi hingga 11 malam
WhatsApp
010 336 6327
Tanya dan tempah di WhatsApp